Kaji Selidik Budaya Kerja Berpasukan
Arahan
1. Sila baca setiap kenyataan di bawah secara berasingan.
2. Sila buat penilaian berdasarkan tahap persetujuan atau tidak bersetuju anda terhadap setiap kenyataan dengan menggunakan skala yang diberikan di bawah. Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan
3. Sila jawab dengan jujur untuk membantu analisis yang lengkap dan adil.
4. Elakkan daripada:-
i. Menjawab berdasarkan sesuatu kejadian tertentu;
ii. Untuk mengambil hati/menggembirakan orang lain dengan jawapan anda;
atau
iii. Mencampur adukkan isu peribadi dan organisasi.
Maklumbalas anda dianggap sulit.

Sila Jawab Soalan Dibawah Berdasarkan Tahap Yang Ditetapkan Dibawah
1 - Sangat Bersetuju
2 - Bersetuju
3 - Tidak Bersetuju
4 - Sangat Tidak Bersetuju


1 2 3 4
1 Kami dipaksa untuk menerima matlamat organisasi yang digubal
2 Semua orang tidak jelas mengenai matlamat yang perlu dicapai
3 Kami tidak jelas mengenai apa yang diharapkan daripada kami oleh organisasi
4 Matlamat organisasi tidak dipersetujui secara kolektif
5 Matlamat organisasi hanya diketahui oleh pihak pengurusan sahaja dan tidak disampaikan kepada kakitangan bawahan

1 2 3 4
6 Kami semua sibuk tetapi kami tidak tahu apa yang telah kami capai
7 Kami tidak memperuntukkan masa yang cukup untuk merancang bagaimana mencapai matlamat yang ditetapkan
8 Cara seseorang dinilai tidak ada kena-mengena dengan apa yang telah dicapai
9 Susunan keutamaan kerja kami tidak jelas
10 Kita sepatutnya memberikan penekanan yang lebih kepada hasil kerja

1 2 3 4
11 Sering berlaku pertindihan kerja antara pasukan
12 Kami tidak jelas mengenai ruang lingkup bidang kerja antara jabatan
13 Jabatan lain tidak mematuhi peraturan atau prosedur kerja yang ditetapkan
14 Kami sering mendapat arahan yang bertentangan daripada bos yang berlainan
15 Ada tugas-tugas yang tiada jabatan mahu bertanggungjawab

1 2 3 4
16 Perbincangan antara jabatan tidak sekerap yang diharapkan
17 Mendapatkan maklumat daripada jabatan lain mengambil masa yang panjang
18 Banyak juga maklumat dan berita mengenai organisasi yang kami perolehi daripada “kantin”
19 Kami hanya memberikan maklumat yang diperlukan oleh jabatan lain apabila diminta sahaja
20 Kami tidak mengetahui apakah yang berlaku dalam jabatan lain

1 2 3 4
21 Kami tidak tahu apa matlamat/sasaran jabatan lain
22 Jabatan-jabatan dalam organisasi bergerak mengikut halatuju sendiri, bukan mengikut halatuju organisasi
23 Kita tidak perlu mengambil tahu tentang jabatan lain bila merancang untuk jabatan sendiri
24 Jabatan lain dalam organisasi ini tidak memahami jabatan lain
25 Anggota jabatan lebih mementingkan objektif jabatan sendiri berbanding dengan organisasi

1 2 3 4
26 Pekerja tidak dilibatkan secara sepenuhnya dalam pembuatan keputusan
27 Keputusan dibuat pada peringkat yang salah
28 Pekerja merasa kecewa kerana mereka tidak dibawa berunding dalam proses membuat keputusan-keputusan yang penting
29 Tidak ada maklumat yang jelas mengenai asas keputusan yang dibuat
30 Pekerja tidak memberikan komitmen kepada keputusan yang dibuat

1 2 3 4
31 Pekerja mempunyai sikap “Saya OK”
32 Kemahiran dan maklumat tidak dikongsi bersama
33 Ramai orang tidak menjadi pendengar yang berkesan
34 Rakan-rakan saya kurang memahami diri saya
35 Kemesraan di antara kami bukan di tahap yang boleh dibanggakan

1 2 3 4
36 Pekerja hanya mahu mendengar apa yang ingin didengar, bukannya kebenaran
37 Isu-isu sensitif tidak dibangkitan
38 Banyak perbuatan tuduh-menuduh/salah menyalahkan dalam jabatan
39 Dalam jabatan kami sering berlaku kes berpuak-puak
40 Kami tidak menyelesaikan ke akar umbi sebarang perbezaan antara kami

1 2 3 4
41 Pengurus tidak merancang bersama-sama dengan kakitangan
42 Ahli pasukan tidak mendapat maklumbalas secara jujur yang mencukupi
43 Pekerja tidak dibantu untuk membangunkan diri
44 Para pengurus percaya penyeliaan yang ketat akan meningkatkan hasil kerja
45 Kurang tindakan diambil oleh pengurus untuk membuat kerja yang dibuat oleh pekerja menyeronokkan dan bermakna

1 2 3 4
46 Dalam jabatan kami, adalah lebih baik untuk berdiam diri daripada membuat kesilapan
47 Terlalu banyak berahsia di antara kami
48 Apabila menghadapi kesukaran, masing-masing berusaha menyelamatkan diri sendiri
49 Dalam jabatan ini, kejayaan dikongsi bersama tetapi kesilapan harus ditanggung oleh individu
50 Jika saya mendedahkan kelemahan diri sendiri, rakan-rakan mungkin akan menggunakannya untuk menjatuhkan saya